Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Perancis teroka kerjasama baru kukuhkan rangkaian penyelidikan

Singapura dan Perancis adalah dalam kalangan 10 ekonomi paling inovatif di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2018 07:52PM Dikemas Kini : 24 May 2018 10:48PM

PARIS: Singapura dan Perancis adalah dalam kalangan 10 ekonomi paling inovatif di dunia.

Kedua-dua negara mahu memanfaatkan kedudukan itu bagi mengukuhkan rangkaian penyelidikan.

Singapura menegaskan hal tersebut di seminar yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada Tahun Inovasi Perancis-Singapura di Paris.

Dalam pada itu, Singapura dan Perancis juga sekian lama menjalin hubungan dua hala yang kukuh.

Tahun lalu, Perancis merupakan rakan dagangan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan dagangan berjumlah S$15 bilion.

Kedua-dua negara berkenaan juga bekerjasama rapat dalam bidang-bidang seperti Aeroangkasa dan Sains Bioperubatan.

Tahun ini pula ditetapkan sebagai Tahun Inovasi Perancis-Singapura.

Di seminar tersebut, Duta Besar Singapura ke Perancis Zainal Arif Mantaha menekankan pentingnya inovasi sebagai satu strategi pembangunan.

"Tahun Inovasi Perancis- Singapura adalah peluang yang baik bagi kita untuk mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh dan meneroka bidang-bidang baru kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan serta merebut peluang-peluang baru bersama," kata beliau.

Satu memorandum persefahaman juga ditandatangani untuk melancarkan makmal maya bersama dalam bidang sistem dan biologi sintetik.

Perjanjian itu adalah antara tiga institut penyelidikan Perancis dengan A*STAR Singapura dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, juga berada di Paris untuk meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama inovasi. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan