Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura paling baik di Asia bersaing bagi bakat global

Singapura menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara Asia buat lima tahun berturut-turut dalam Indeks Persaingan Bakat Global.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2018 07:21PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 09:25PM

SINGAPURA: Singapura menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara Asia buat lima tahun berturut-turut dalam Indeks Persaingan Bakat Global.

Di peringkat dunia pula, ia berada di tempat kedua iaitu hanya satu tangga di belakang Switzerland berbanding negara-negara lain.

Laporan Indeks Persaingan Bakat Global meninjau 119 negara merata dunia berdasarkan kebolehannnya bersaing bagi bakat.

Beberapa aspek diambil kira seperti kebolehan menarik, mengembang dan mengekalkan bakat.

Namun, bagi aspek mengekalkan bakat, Singapura bagaimanapun corot dari tangga tujuh tahun lalu kepada tangga 25.

Indeks tersebut juga meneliti aspek lain seperti kemahiran kejuruan, teknikal dan juga ilmu global. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan