Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura negara Asia pertama sertai Perikatan Melepasi Tenaga Arang Batu

Perbincangan tentang daya tenaga menjadi tumpuan pertama hari keempat Sidang Puncak COP26.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2021 08:13PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 10:10PM

GLASGOW: Perbincangan tentang daya tenaga menjadi tumpuan pertama hari keempat Sidang Puncak COP26.

Para pemimpin dunia dijangka membuat ikrar baru yang bertujuan menamatkan penggunaan bahan bakar fosil.

Usaha akan ditumpukan kepada cara mempercepatkan peralihan daripada tenaga arang batu kepada tenaga bersih sambil memastikan prosesnya adil dan inklusif.

Singapura menjadi negara Asia pertama yang menyertai Perikatan Melepasi Tenaga Arang Batu.

Terdapat 28 negara anggota baru yang menyertai perikatan itu tahun ini.

Dengan menyertai perikatan tersebut, Singapura komited untuk memansuhkan penggunaan arang batu dalam penghasilan daya tenaga menjelang 2050.

Arang batu membentuk kurang dua peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga Singapura yang sebahagian besarnya menggunakan gas asli.

Singapura juga sedang meninjau usaha mengurangkan pengeluaran karbon dengan menggunakan kuasa suria dan hidrogen.

Ia juga sedang menimbangkan langkah mengimport tenaga bersih dari rantau ini.

Berucap di COP26, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata semua daya usaha tersebut menawarkan peluang-peluang bagi Singapura dan rantau ini.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan