Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura nantikan M'sia putuskan tarikh bincang HSR

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan hari ini (19 Jul) bahawa ia sudah dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyarankan tarikh bagi perbincangan berkaitan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 04:04PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:22PM

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan hari ini (19 Jul) bahawa ia sudah dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyarankan tarikh bagi perbincangan berkaitan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Awal bulan ini (9 Jul), Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan memberikan perkembangan di parlimen bahawa pada 6 Jun lalu Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyarankan kedua-dua negara bertemu untuk berbincang.

Pada Isnin (16 Jul), Encik Azmin memberitahu para wartawan di Kuala Lumpur bahawa seorang pegawai rasmi akan diutuskan ke Singapura bagi membincangkan tentang projek itu.

Awal hari ini (19 Jul), Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek HSR.

Beliau menambah, pihaknya tidak dapat meneruskan projek itu kerana kedudukan kewangan negara itu sekarang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan