Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura 'mungkin tidak' terjejas jerebu dari Indonesia dalam 2 minggu ini

Jerebu rentas sempadan "mungkin tidak" menjejas Singapura pada dua minggu mendatang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Feb 2018 09:03PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:12PM

SINGAPURA: Jerebu rentas sempadan "mungkin tidak" menjejas Singapura pada dua minggu mendatang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (21 Feb).

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas amaran bencana diiystiharkan ke atas empat wilayah Indonesia akibat kebakaran hutan.

"Keadaan cuaca kering dijangka berkurangan dan hujan yang akan bertambah bakal membantu mengekang berlakunya tompok-tompok panas di Sumatera dan Kalimantan," menurut NEA di lamannya.

Menurut NEA lagi, berdasarkan imej satelit, sebanyak lima tompok panas dikesan di Sumatera dan 73 tompok panas pula didapati di Kalimantan antara 16 hingga 20 Februari.

Namun, bagi minggu ini dan minggu hadapan, angin yang lazim bertiup di rantau ini dijangka berlalu dari bahagian barat laut ke arah timur laut.

Maka itu, NEA menyatakan: "Kemungkinan jerebu rentas sempadan menjejas Singapura dinilai pada paras rendah buat masa ini."  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan