Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mungkin adakan pilihan raya awal sebelum pandemik COVID-19 berakhir: Teo Chee Hean

Singapura mungkin mengadakan pilihan raya awal sebelum wabak COVID-19 berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 06:33PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:00PM

SINGAPURA: Singapura mungkin mengadakan pilihan raya awal sebelum wabak COVID-19 berakhir.

Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata, walaupun keadaannya tidak sesuai, ia memberi pemerintah baru mandat baru dan jelas untuk memimpin negara melalui krisis global.

Encik Teo berkata demikian di Parlimen sedang ada cadangan agar pilihan raya diadakan hanya di penghujung penularan COVID-19.

"Lebih lama kita tunggu, keadaan akan menjadi lebih payah untuk diramalkan, sukar dan berbahaya. Menambah kepada keadaan itu ialah ketidaktentuan bila pilihan raya akan diadakan, sedang kita mengharungi sepanjang tahun ini, cuba berdepan dengan krisis bersama-sama.

"Pilihan lain adalah negara boleh adakan pilihan raya awal, menyelesaikan soal siapa yang akan memimpin negara ini mengharungi krisis yang besar ini," kata Encik Teo.

Encik Teo juga berkata menangguhkan pilihan raya di luar tarikh akhir penggal parlimen akan melanggar perlembagaan.

Ini hanya boleh dilakukan jika Perintah Darurat diisytiharkan.

Encik Teo berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai cadangan Pemimpin Parti Kemajuan supaya pilihan raya ditangguhkan dan Presiden menggunakan kuasanya untuk membentuk sebuah pemerintah sementara.

Menurut Encik Teo, walaupun ada sebuah pemerintah sementara di bawah perintah darurat, ia akan pincang oleh hakikat bahawa ia tidak mempunyai mandat pengundi yang jelas.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan