Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mulakan insiatif bantu syarikat kurangkan pelepasan gas karbon

Singapura memulakan beberapa inisiatif bagi membantu syarikat-syarikat untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dan menjadi lebih cekap dalam penggunaan tenaga.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mulakan insiatif bantu syarikat kurangkan pelepasan gas karbon

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 02:10PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 02:13PM

SINGAPURA: Singapura memulakan beberapa inisiatif bagi membantu syarikat-syarikat untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dan menjadi lebih cekap dalam penggunaan tenaga. Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (30 Okt).

"Sektor perusahaan kita menggunakan banyak tenaga," kata Encik Chan semasa berucap di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura.

"Oleh itu, kami akan memperkenalkan satu set geran skim Kecekapan Tenaga Perusahaan yang dipertingkat bagi menggalak kemudahan-kemudahan perusahaan, termasuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME), lebih cekap menggunakan tenaga."

Geran tersebut ditawarkan setelah Pemerintah mengumumkan pada Februari bahawa cukai karbon mula berkuatkuasa tahun depan dan ia bersedia untuk membelanjakan lebih S$1 bilion dalam lima tahun pertama bagi menyokong projek-projek yang mengurangkan pelepasan gas karbon.

Semasa sesi-sesi rundingan dijalankan, syarikat-syarikat melahirkan keprihatinan bahawa cukai karbon tersebut akan menjejas daya saing mereka di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi kerana Singapura adalah negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan cukai tersebut.

Geran-geran itu dilancarkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan