Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti terus lindungi keharmonian kaum dan agama; cegah keretakan perpaduan sosial, kata Dr Faishal

Rakyat Singapura mesti terus memelihara dan melindungi keharmonian kaum dan agama sedang negara ini mengorak langkah untuk keluar daripada pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mesti terus lindungi keharmonian kaum dan agama; cegah keretakan perpaduan sosial, kata Dr Faishal

Dr Faishal Ibrahim dan Encik Vikram Nair menghadiri perbincangan meja bundar tentang perpaduan sosial S'pura pada 25 Sep. (Gambar: Facebook/ Assoc Prof Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Rakyat Singapura mesti terus memelihara dan melindungi keharmonian kaum dan agama sedang negara ini mengorak langkah untuk keluar daripada pandemik COVID-19.

"Marilah kita bersama-sama melindungi negara kita daripada bahaya fahaman pelampau dan pengganasan," tulis Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan Facebook pada Ahad (26 Sep).

Ini menyusuli perbincangan meja bundar bertajuk "Memperkasa Belia: Mengatasi Fahaman Pelampau dan Memperkukuh Perpaduan Sosial" yang diadakan pada Sabtu (25 Sep).

Dianjurkan oleh Taman Bacaan dan Pertubuhan Akar Umbi Admiralty dan disokong oleh Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), acara itu disertai para belia akar umbi Admiralty dan pelajar Program Youth Alive Masjid Yusof Ishak.

Anggota Parlimen GRC Sembawang Vikram Nair pula diundang sebagai tetamu khas bagi acara yang diadakan secara hibrid di Kelab Masyarakat Ace The Place dan Masjid Yusof Ishak.

Dalam catatan Facebooknya, Profesor Madya Faishal turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan memuji usaha tersebut sambil menyifatkannya sebagai "contoh baik yang menunjukkan tekad masyarakat untuk memperkukuhkan perpaduan sosial Singapura."

Dr Faishal juga mengalu-alukan usaha badan-badan seperti RRG dan Yayasan Tao yang turut mengongsi usaha untuk terus memelihara dan
melindungi keharmonian kaum menerusi inisiatif-inisiatifnya sewaktu acara tersebut.

"Sedang kita memperingati ulang tahun ke-20 Peristiwa 9/11, marilah kita bersatu padu membanteras ekstremisme dan pengganasan.

"Sekalipun perjuangan kita melawan COVID-19 belum lagi berakhir, acara seperti ini mengukuhkan lagi komitmen kita untuk menghindarkan keretakan pada fabrik sosial kita," tegas beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan