Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti perbaharui kontrak sosial, tangani ketidaksamarataan di tengah-tengah cabaran global

Singapura mesti menangani ketidaksamarataan yang kian meluas, jurang antara generasi yang semakin ketara dan perbezaan politik yang kian mendalam agar rakyat dapat mengharungi cabaran dunia bersama-sama, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Jumaat (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mesti perbaharui kontrak sosial, tangani ketidaksamarataan di tengah-tengah cabaran global

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di Sidang Puncak Singapura.

Diterbitkan : 20 Sep 2019 11:34PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 11:42PM

SINGAPURA: Singapura mesti menangani ketidaksamarataan yang kian meluas, jurang antara generasi yang semakin ketara dan perbezaan politik yang kian mendalam agar rakyat dapat mengharungi cabaran dunia bersama-sama, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Jumaat (20 Sep).

Inilah isu-isu yang dihadapi masyarakat sekeliling dunia, dan walaupun Singapura "setakat ini belum merasai sepenuhnya cabaran-cabaran ini", negara ini tidak kebal daripadanya, tegas Encik Heng.

Beliau berkata demikian di Sidang Puncak Singapura, yang menyatukan perniagaan dan pemimpin dari Asia dan dari serata dunia untuk membincangkan pandangan mereka berhubung pelbagai isu. Ia dianjurkan Yayasan Temasek.

Di seluruh dunia, terdapat "pertikaian berhubung kontrak sosial yang menyatukan masyarakat", kata Encik Heng.

Mereka yang rasa terpinggir menolak sekeras-kerasnya, ada yang menarik diri daripada globalisasi, serta lebih banyak gerakan populis dan golongan muda yang tidak lagi percaya pada nilai, tambah beliau, sambil merujuk kepada contoh seperti pungutan suara Brexit, tunjuk perasaan di Hong Kong dan gerakan Jaket Kuning di Perancis.

RESPONS S'PURA TERHADAP KETIDAKSAMARATAAN MELUAS

Sambil berkongsi pengalaman Singapura dalam menangani ketidaksamarataan yang semakin meluas, Encik Heng berkata negara ini harus memastikan dasar-dasar ekonomi dan sosial harus seiring, supaya rakyatnya dapat "bekerja untuk mendapat ganjaran, dan mendapat ganjaran untuk kerja".

Selain menjadi terbuka kepada peluang daripada perdagangan dan inovasi, Singapura juga komited untuk melabur ke dalam pendidikan, jelas Encik Heng, sambil merujuk kepada usaha baru-baru ini dalam memacu pendidikan prasekolah.

Sehubungan itu, usaha juga sedang dijalankan bagi mendorong pembelajaran hayat supaya para pekerja dapat terus meningkatkan kemahiran di tengah-tengah sekitaran global yang pesat berubah.

"Kami akan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan daripada mendapatkan peluang disebabkan latar belakang ataupun keadaan hidup mereka," kata Encik Heng.

"Sedang gangguan ekonomi menjadi lebih kerap, orang ramai yang terjejas memerlukan usaha bersama untuk bangkit semula. Ini bukan mudah, tetapi jika kami melakukannya dengan betul, kami akan dapat menunjukkan kemajuan besar bagi rakyat kita."

MERAPATKAN JURANG ANTARA GENERASI

Mewujudkan kesamarataan antara generasi adalah penting dalam mengekalkan kontrak sosial, kata Encik Heng, memandangkan wujud pelbagai minat dan keprihatinan daripada generasi berbeza.

Ini juga sebabnya pemerintah mesti merancang bagi jangka panjang, kata DPM Heng, sambil merujuk kepada pelaburan dalam prasarana. Perubahan iklim juga perlu ditangani, dan "lakukan sekarang, sebelum terlambat", jelas beliau.

"Bagi rakyat kita, ini bermakna komitmen sama rata bagi memastikan generasi akan datang mempunyai cukup untuk juga mengharungi krisis dan rancangan bagi masa depan," kata Encik Heng.

MENANGANI PEMBAHAGIAN POLITIK YANG MENINGKAT

Cabaran terbesar ketiga, kata Encik Heng, adalah pembahagian politik yang semakin meningkat yang dilihat di serata dunia.

"Pembahagian politik merosakkan kerana ia membuat mereka menentang satu sama lain dan akhirnya merapuhkan perpaduan sesebuah negara," kata beliau, sambil menambah teknologi lebih menggalakkan pembahagian ini dengan mendorong antara lain berita palsu.

Singapura perlu menangani isu-isu ini dengan meluaskan ruang bersama dan membawa pandangan bercanggah itu bersama, kata Encik Heng.

Beliau juga berkata negara ini sudah melindungi perpaduan sosial dengan menentang tekanan politik untuk memenuhi minat yang tertentu, sebaliknya mengambil pendekatan inklusif untuk menyatukan semua rakyat Singapura.

"Sebagai contoh, kami menguatkuasakan langkah-langkah untuk memastikan kaum dan agama tidak memecahbelahkan kami. Kami memastikan terdapat campuran baik kaum berbeza di estet perumahan kami bagi mengelakkan pengasingan. Kami menguatkuasakan undang-undang untuk mengekalkan keharmonian kaum dan agama, dan untuk melindungi hak kaum minoriti," jelas Encik Heng.

Encik Heng turut menarik perhatian memang mencabar untuk mengekalkan sedemikian, kerana jurang pendapatan dan kemewahan yang meluas, serta keperluan masyarakat yang pelbagai boleh membawa kepada pecah belah.

Beliau menekankan pentingnya memberi generasi muda hak untuk membentuk masa depan negara, dengan memberi mereka peluang untuk bekerja dengan belia lain di dunia bagi membina pemahaman dan komitmen bagi kerjasama sejagat.

"Sentimen ini konsisten dengan mereka dengan golongan muda di seluruh dunia, yang mana kebanyakan mereka meminta peranan lebih besar dalam masyarakat sivik dan proses politik," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan