Images
  • s iswaran asia house

S'pura mesti bersikap fleksibel dalam ekonomi perdagangan digital, kata S Iswaran

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata Singapura perlu fleksibel dalam ekonomi perdagangan digital.

Berucap di Dialog Perdagangan Sejagat Rantau Asia, Encik Iswaran berkata Singapura boleh melakarkan perjanjian dua hala dan bukan hanya berurusan di peringkat ASEAN atau Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Ini menunjukkan betapa perjanjian mampu dilakukan selain nilai yang diraih daripada membolehkan aliran data antara negara.

Encik Iswaran juga menekankan perlunya insiatif dalam negeri yang berkesan untuk saling melengkapi strategi perdagangan.

Ini mungkin membolehkan perniagaan dan pekerja untuk memanfaatkan peluang-peluang baru dalam ekonomi digital.

Beliau berkata pemerintah sedang membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mendakap teknologi baru dan membuat pembaharuan.

Syarikat-syarikat juga diberikan sokongan untuk meneroka peluang di luar negara.

Terdapat latihan, misi perniagaan dan bahkan satu enjin pencarian untuk membantu mereka memahami manfaat daripada perjanjian perdagangan.

Sekitar 1,800 syarikat sudahpun meraih manfaat daripada sokongan sedemikian setiap tahun sejak 2016. 

- CNA/FZ/ai

Top