Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti bersiap sedia tempuhi lebih banyak cabaran dalam usaha lawan COVID-19, kata DPM Heng

Singapura perlu siap menghadapi lebih banyak liku-liku dalam usahanya melawan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mesti bersiap sedia tempuhi lebih banyak cabaran dalam usaha lawan COVID-19, kata DPM Heng

Gambar: AFP

Diterbitkan : 07 Sep 2021 07:34PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 07:40PM

SINGAPURA: Singapura perlu siap menghadapi lebih banyak liku-liku dalam usahanya melawan COVID-19.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Kiat pada Selasa (7 Sep), sehari selepas beberapa langkah baru diumumkan bagi mengawal penularan penyakit tersebut.

Kementerian Kesihatan menyatakan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat meningkat kepada 1,325 pada minggu lalu berbanding kira-kira 720 pada minggu sebelumnya.

Berucap dalam acara ulang tahun kedua Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), DPM Heng berkata walaupun sistem jagaan kesihatan Singapura sedang menghadapi ujian mencabar, ia tidak pernah melampaui keupayaannya.

Penyesuaian juga telah dilakukan terhadap langkah-langkah mengawal pandemik berdasarkan bukti saintifik.

Namun DPM Heng memberi amaran Singapura perlu sentiasa berwaspada kerana virus COVID-19 telah terbukti cepat berubah.

Sempena ulang tahun kedua NCID, sebuah galeri baru dilancarkan bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang penyakit-penyakit berjangkit.

Ia juga bertujuan menggalakkan orang ramai agar memainkan peranan lebih aktif bagi mencegah jangkitan penyakit.

"Sejarah penyakit-penyakit berjangkit yang dipaparkan di Galeri NCID yang baru ini menjadi peringatan kepada kita bahawa COVID-19 bukan pandemik terakhir. Penyakit X akan pasti muncul," kata DPM Heng.

"Memandangkan setiap pandemik adalah berbeza, kita tidak boleh menggunakan secara melulu pengalaman daripada usaha melawan pandemik sebelumnya. Sebaliknya kita perlu belajar daripada usaha melawan setiap pandemik dan melakukan yang terbaik untuk bertindak tangkas dan membuat penyesuaian bagi menghadapi pandemik masa depan."

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan