Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti berhemat guna sumber tenaga berharga, tegas Grace Fu

Dengan akses kepada tenaga bersih yang terbatas, Singapura mesti 'berhemat' semasa menggunakan sumber-sumber tenaga 'berharga', kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Selasa (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2020 11:59AM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 11:49PM

SINGAPURA: Dengan akses kepada tenaga bersih yang terbatas, Singapura mesti 'berhemat' semasa menggunakan sumber-sumber tenaga 'berharga', kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Selasa (27 Okt).

Semasa berucap di Sidang Puncak Tenaga Bersih Asia, Cik Fu turut menekankan betapa pentingnya untuk Singapura terus mempertingkatkan kecekapan tenaga di samping memanfaatkan huraian tenaga bersih bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

"Disebabkan oleh akses yang terhad kepada tenaga bersih, kita mesti bersikap berhemat semasa menggunakan sumber-sumber tenaga yang berharga. Oleh itu, ia menjadi strategi utama kedua untuk mempertingkatkan kecekapan tenaga dalam perjalanan kita ke arah kemampanan dan mengurangkan kesan pada perubahan iklim," menurut Cik Fu.

Menukil Akta Penjimatan Tenaga yang dikuatkuasakan pada 2013 sebagai contoh, Cik Fu menekankan syarikat-syarikat yang dikawal selia di bawah akta berkenaan secara purata mencatat peningkatan sebanyak satu peratus pada kadar kecekapan tenaga masing-masing setiap tahun, antara tahun 2014 hingga 2018.

Perangkaan itu membentuk sekitar 250 kilo tan karbon dioksida; pelepasan yang setara setiap tahun - serupa dengan usaha mengurangkan sekitar 70,000 kereta di jalan raya setiap tahun, katanya lagi.

Singapura juga sedang meneroka peluang-peluang untuk meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pendekatan ekonomi kitaran.

Contohnya, kemudahan penambakan air dan rawatan sisa pepejal Tuas Nexus yang pertama di Singapura, menurut menteri itu.

Kerja-kerja binaan sudahpun dimulakan di kemudahan itu dan dijangka siap secara bertahap-tahap mulai tahun 2025. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan