Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia sasar 10 Ogos sambung semula perjalanan rentas sempadan bagi sesetengah penduduk, ahli niaga

Singapura dan Malaysia menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi sebilangan penduduk dan ahli niaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2020 01:43PM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 09:09PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi sebilangan penduduk dan ahli niaga.

Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan dua skim - Laluan Pantas Dua Hala (RGL) dan Aturan Perjalanan Berkala (PCA), menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (14 Jul) oleh Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Hishammuddin Hussein.

RGL akan membolehkan perjalanan antara Singapura dengan Malaysia "atas urusan perniagaan dan urusan rasmi".

Mereka yang layak untuk melakukan perjalanan mesti mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan kesihatan awam yang dipersetujui kedua-dua negara, termasuk ujian swab. Mereka juga perlu menyerahkan "jadual perjalanan terkawal" kepada negara destinasi dan mematuhi jadual berkenaan sepanjang tempoh lawatan, menurut kenyataan tersebut.

PCA pula akan membolehkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang untuk melakukan perjalanan atas urusan perniagaan atau kerja.

Selepas sekurang-kurangnya tiga bulan terkandas di negara yang menjadi tempat kerja mereka, warga kedua-dua boleh kembali ke tanah air untuk " kini boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk bercuti jangka pendek", menurut kenyataan itu. Mereka kemudian boleh kembali ke negara yang menjadi tempat kerja untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut.

Bagi mereka yang melakukan perjalanan sedemikian, mereka juga perlu mematuhi langkah-langkah COVID-19.

Menurut kenyataan itu lagi, para pegawai dari kedua-dua negara masih sedang memuktamadkan Prosedur Pperasi Standard (SOP) bagi kedua-dua RCL dan PCA.

Syarat-syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan bagi keluar masuk Malaysia dan Singapura akan diterbitkan 10 hari sebelum 10 Ogos bagi memulakan kedua-dua skim berkenaan.

"Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk membangunkan skim-skim lain yang sesuai bagi pergerakan rentas sempadan termasuk perjalanan rentas sempadan setiap hari atas urusan kerja bagi penduduk kedua-dua negara, sambil mengambil kira protokol kesihatan yang diperlukan dan sumber perubatan yang disediakan di kedua-dua negara demi menjaga keselamatan rakyat kedua-dua negara," menurut kenyataan itu lagi.

"Ini akan membolehkan kedua-dua pihak untuk menyambung semula interaksi dan pertukaran ekonomi rentas sempadan secara bertahap-tahap," tambahnya lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan