Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia sahkan lagi hubungan pertahanan dua hala

Singapura dan Malaysia mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang terjalin sejak sekian lama.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia sahkan lagi hubungan pertahanan dua hala

Dr Ng Eng Hen dan Encik Ismail Sabri Yaakob berbincang tentang beberapa perkara menerusi telefon pada 1 Jun. (Gambar: Dr Ng Eng Hen/Facebook)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 06:24PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 06:28PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang terjalin sejak sekian lama.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Kanan Keselamatan Malaysia Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan di telefon hari ini (1 Jun).

Dr Ng menyuarakan penghargaanbeliau kepada Encik Ismail Sabri atas sokongannya kepada Dialog Shangri-La.

Ini meskipun dialog pertahanan itu tidak dapat diadakan tahun ini.

Kedua-dua menteri menyentuh tentang peri pentingnya mengekalkan perdamaian dan kestabilan di rantau ini serta mengukuhkan hubungan dua hala di tengah-tengah pandemik sekarang.

Dr Ng dan Encik Ismail Sabri juga bertukar-tukar pandangan tentang keadaan COVID-19 di negara masing-masing dan membincangkan cara-cara untuk saling menyokong satu sama lain dalam masa mencabar ini.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan