Images
  • najib lhl
    Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semasa Retreat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-8. (Gambar: TODAY / Jason Quah)

S'pura, M'sia meterai perjanjian Sistem Transit Laju JB-S'pura

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia pada Selasa (16 Jan) memeterai perjanjian dua hala bagi sistem MRT rentas sempadan - Laluan Sistem Transit Laju Johor Bahru-Singapura (RTS).

Perjanjian tersebut dimeterai di Istana oleh Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Penyerlaras Prasarana dan Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Abdul Rahman Dahlan. Majlis penandatanganan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Najib Razak di Retreat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-8.

Laluan RTS yang berupaya menampung sehingga 10,000 penumpang sejam dari setiap arah - pertama kali diumumkan pada 2010.

Ia dijangka mula beroperasi menjelang hujung Disember 2024.

Singapura sudahpun mengesahkan bahawa terminal RTSnya akan ditempatkan di stesen Woodlands North di laluan MRT Thomson-East Coast, manakala Malaysia pula memilih Bukit Chagar sebagai terminalnya bagi RTS.

- CNA/FA/fa

Top