Images
  • latihan respons kecemasan

S'pura, M'sia anjur latihan respons kecemasan bersama

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengadakan latihan respons kecemasan bersama bagi menangani tumpahan kimia di Link Kedua Tuas, hari ini (15 Nov).

Latihan berkenaan menyaksikan satu simulasi pelanggaran antara satu kereta dengan trak yang membawa kimia berbahaya.

Latihan respons kecemasan yang diadakan buat kali ke-11itu bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan pasukan kedua-dua negara dalam menangani kemalangan serupa.

Setiap tahun, sekitar 1,000 tan kimia berbahaya diangkut menerusi Link Kedua.

Sebanyak 24 agensi serta syarikat-syarikat lain terlibat dalam latihan yang dibangunkan Jabatan Sekitaran Malaysia dan Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura itu.  

- CNA/FZ/sm

Top