Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia akan terus berbincang bagi fahami pendirian terhadap hak semak harga air

Peguam Negara Singapura dan Malaysia akan terus berbincang untuk "lebih memahami pendirian antara satu sama lain" berhubung hak untuk menyemak semula harga air, kata menteri luar kedua-dua negara hari ini (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia akan terus berbincang bagi fahami pendirian terhadap hak semak harga air

Gambar fail. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 03:44PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 03:47PM

PUTRAJAYA: Peguam Negara Singapura dan Malaysia akan terus berbincang untuk "lebih memahami pendirian antara satu sama lain" berhubung hak untuk menyemak semula harga air, kata menteri luar kedua-dua negara hari ini (14 Mac).

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Saifuddin Abdullah, menekankan demikian di sidang media di Putrajaya di mana mereka turut membincangkan langkah-langkah untuk mengendurkan ketegangan maritim.

Bercakap di sidang tersebut, Dr Balakrishnan berkata: "Kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang berbeza tentang hak untuk menyemak semula harga air ... Kami bersetuju Peguam Negara Malaysia dan Singapura akan terus berbincang untuk lebih memahami pendirian antara satu sama lain tentang hak untuk menyemak semula harga air."

"Kami juga mengesahkan komitmen kami untuk menghuraikan isu-isu dua hala dengan cara yang membina dan akan terus menggalak usaha diplomatik bagi mencari huraian secara persahabatan demi kepentingan kedua-dua pihak. Ini tentu sekali akan dilakukan sambil memelihara hubungan kedua-dua negara," kata beliau.

Peguam Negara kedua-dua negara sudahpun bertemu Disember lalu tetapi rundingan tersebut dibayangi isu-isu dua hala yang tercetus disebabkan Had Pelabuhan Johor Bahru dan Sistem Pendaratan Alatan (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar. 

Sumber : CNA/SM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan