Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura luah kekecewaan berhubung artikel Washington Post

Singapura menyatakan ia kecewa dengan keengganan akhbar Washington Post untuk menerbitkan penjelasannya terhadap satu rencana tentang undang-undang Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura luah kekecewaan berhubung artikel Washington Post

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 08:03PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 08:07PM

SINGAPURA: Singapura menyatakan ia kecewa dengan keengganan akhbar Washington Post untuk menerbitkan penjelasannya terhadap satu rencana tentang undang-undang Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) negara.

Rencana di Washington Post itu pada 2 Disember lalu mendakwa tindakan Singapura menggunakan POFMA sama seperti langkah penapisan.

POFMA sejauh ini sudahpun digunakan empat kali.

Dalam sepucuk surat kepada Editor Washington Post hari ini (16 Dis), Duta Besar Singapura ke Amerika Syarikat, Ashok Kumar, berkata penapisan melibatkan perbuatan mengharamkan bahan-bahan yang dipertikaikan tetapi Singapura membenarkan kenyataan palsu di wadah online dikekalkan dan boleh diakses sepenuhnya.

Dalam surat berasingan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyatakan penulis rencana Washington Post itu enggan menyertakan penjelasan sepenuhnya dari pihak Singapura.

Sebaliknya, beliau hanya menggunakan petikan ringkas yang menurut MCI mengabaikan inti persoalan itu.

MCI dan pihak kedutaan sudah menjemput Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, untuk berdebat dengan seorang menteri Singapura mengenai isu berkenaan.

Encik Robertson ditukil dalam satu rencana Washington Post baru-baru ini dan pernah menuduh pemerintah Singapura menghambat kebebasan bersuara. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan