Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor jumlah terendah pesakit COVID-19 di ICU sejak permulaan pemutus jangkitan

Jumlah pesakit COVID-19 dalam unit jagaan rapi (ICU) telah merosot ke paras terendah sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan bermula di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor jumlah terendah pesakit COVID-19 di ICU sejak permulaan pemutus jangkitan

Gambar hiasan. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 23 May 2020 08:27AM Dikemas Kini : 23 May 2020 08:33AM

SINGAPURA: Jumlah pesakit COVID-19 dalam unit jagaan rapi (ICU) telah merosot ke paras terendah sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan bermula di Singapura.

Sehingga tengah hari Jumaat (22 Mei) lapan pesakit berada dalam keadaan tenat di ICU, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

Ini juga adalah kali pertama jumlah pesakit COVID-19 di ICU merosot ke satu angka sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan bermula pada 7 Apr.

Menurut data MOH sebelum ini, Singapura mempunyai 32 pesakit COVID-19 yang memerlukan jagaan rapi pada 10 Apr.

Jumlah pesakit dalam ICU adalah di antara 20 dengan 31 bagi kebanyakan hari dalam bulan April dan dua minggu pertama bulan Mei, sebelum merosot kepada 10 kes pada 19 Mei.

Dalam kenyataan media pada Jumaat, MOH melaporkan lagi 614 kes baru COVID-19, membawa jumlah keseluruhan jangkitan kepada 30,426.

Kebanyakannya ialah pekerja asing yang tinggal di dormitori manakala empat kes dikesan dalam kalangan masyarakat, kesemuanya warga Singapura.

Kesemuanya 838 pesakit COVID-19 dibenarkan pulang pada Jumaat, membawa jumlah keseluruhan pesakit yang pulih kepada 12,955.

Kenyataan media MOH pada Jumaat juga menunjukkan peningkatan dalam purata jumlah kes dalam masyarakat - dari lima sehari pada minggu sebelumnya kepada purata tujuh sehari minggu lalu.

Ini antaranya disebabkan oleh pengawasan aktif kementerian itu dan saringan para penghuni rumah-rumah jagaan dan kakitangan prasekolah, kata MOH.

Ujian yang dijalankan juga mendapati sekurang-kurangnya lima kakitangan prasekolah serta empat penghuni rumah jagaan dijangkiti, menurut kemas kini MOH pada Khamis dan Jumaat.

MOH pada Rabu juga mula mengambil kira para pemegang permit kerja yang tinggal di penginapan bukan dormitori dalam kiraan hariannya bagi kes masyarakat.

Para pemegang permit kerja yang tinggal di luar dormitori sebelum ini disenaraikan di bawah kategori berasingan dalam kemas kini harian COVID-19 kementerian itu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan