Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor jumlah rekod 1,504 kes COVID-19; 2 kematian dilaporkan

Singapura melaporkan jumlah rekod 1,491 kes baru tempatan COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (23 Sep), meliputi 1,218 jangkitan dalam masyarakat dan 273 penghuni dormitori.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor jumlah rekod 1,504 kes COVID-19; 2 kematian dilaporkan

Para pekerja pejabat menyeberangi jalan raya di Pickering Street pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 11:01PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 11:02PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan jumlah rekod 1,491 kes baru tempatan COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (23 Sep), meliputi 1,218 jangkitan dalam masyarakat dan 273 penghuni dormitori.

Dua kematian baru turut dilaporkan, menjadikan keseluruhan angka korban COVID-19 di sini sebanyak 70.

Kes kematian pertama melibatkan seorang wanita rakyat Singapura berusia 93 tahun yang meninggal dunia hari ini. Beliau diuji positif bagi COVID-19 pada 17 September dan belum mendapatkan vaksin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Wanita itu mempunyai sejarah menghidap penyakit jantung, kencing manis melitus, penyakit darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Kes kematian kedua iaitu seorang wanita rakyat Singapura berusia 71 tahun, diuji positif COVID-19 hari ini dan meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau belum mendapatkan vaksin dan mempunyai sejarah menghidap barah.

Kes-kes baru hari ini melibatkan 343 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, menurut MOH dalam kemas kini yang dikeluarkan kira-kira pukul 10.30 malam ini.

Sebanyak 13 kes import juga dilaporkan, menjadikan keseluruhan jumlah kes dilaporkan hari ini sebanyak 1,504, iaitu jumlah tertinggi sejak pandemik bermula awal tahun lalu.

Setakat hari ini, Singapura melaporkan 82,856 kes COVID-19 secara keseluruhan.

KES JANGKITAN SERIUS

Terdapat 1,120 pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. Kebanyakannya berada dalam keadaan baik dan di bawah pemantauan, menurut MOH.

Sebanyak 163 kes jangkitan serius memerlukan bantuan oksigen tambahan dan 23 berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang jatuh sakit teruk adalah 155 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Sepanjang 28 hari lalu, 97.9 peratus kes tempatan tidak bergejala atau hanya mengalami simptom ringan.

Sebanyak 289 kes memerlukan bantuan oksigen tambahan dan 29 berada dalam ICU. Dalam kalangan jumlah itu, 53.8 peratus sama ada sudah menerima vaksin penuh dan lagi 46.2 peratus sama ada sudah menerima satu dos vaksin atau belum lagi divaksin.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan