Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 934 jangkitan tempatan COVID-19; kes sakit teruk meningkat

Terdapat 90 kes sakit teruk yang memerlukan sokongan oksigen dan 14 di ICU; 82 daripada mereka adalah warga emas berusia lebih 60 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 934 jangkitan tempatan COVID-19; kes sakit teruk meningkat

Orang ramai di luar stesen MRT Paya Lebar. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 18 Sep 2021 12:51AM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 12:53AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 934 kes tempatan baru COVID-19 pada Jumaat (17 Sep), merangkumi 838 kes dalam masyarakat dan 96 penghuni dormitori pekerja hijrahan.

Daripada kes-kes tempatan itu, 241 adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pada Jumaat sebanyak 935 kes.

KELOMPOK BESAR

MOH menyatakan ia sedang memantau 12 kelompok besar dengan kes-kes baru.

Kelompok Rumah Jagaan Orange Valley di Simei bertambah kepada 17 kes, kesemuanya melibatkan penghuni rumah jagaan itu, menurut MOH.

"Para penghuni dan kakitangan di tingkat-tingkat terjejas sudah diuji. Kesemua penghuni dan kakitangan lain juga akan menjalani ujian," tambah kementerian itu.

Sebanyak 256 kes dikaitkan dengan kelompok Chinatown Complex. Kes-kes itu termasuk 187 pegerai dan penolong gerai, 11 kakitangan pembersihan atau duta jarak selamat, dan 58 kontak yang tinggal serumah dengan para pekerja yang terjejas.

Kesemua kes baru sudah dikuarantin, menurut MOH.

Kelompok di Dormitori Blue Stars meningkat kepada 71 kes kesemuanya sementara kelompok di Dormitori Avery Lodge kini mempunyai 95 kes.

Satu kelompok besar di Sembcorp Marine Admiralty Yard kini melaporkan sebanyak 26 kes.

KES DIRAWAT DI HOSPITAL

Terdapat 813 pesakit yang sedang dirawat di hospital, dengan kebanyakan daripada mereka dalam keadaan baik dan sedang dipantau, menurut MOH.

Daripada jumlah tersebut, 90 kes sakit teruk yang memerlukan sokongan oksigen dan 14 dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 82 adalah warga emas yang berusia lebih 60 tahun, menurut MOH.

Sepanjang tempoh 28 hari yang lalu, jumlah kes tempatan yang tidak bergejala atau mengalami simptom ringan adalah 98.2 peratus.

KEMAS KINI VAKSINASI

MOH menyatakan 82 peratus penduduk sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka atau menerima dua dos vaksin COVID-19. Sementara itu, 84 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat Khamis.

Lebih 8.9 juta dos vaksin sudah diberikan di bawah program vaksinasi negara meliputi sekitar 4.56 juta orang, dengan 4.43 juta daripada mereka sudah lengkap rejimen penuh.

Lagi 181,531 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam senarai kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah diberikan, merangkumi 86,891 orang.

Setakat sehingga Jumaat, Singapura melaporkan 75,783 kes jangkitan COVID-19 kesemuanya dengan 59 kematian akibat jangkitan koronavirus itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan