Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 910 kes tempatan COVID-19; 2 lagi kematian, angka korban kini 62

Singapura melaporkan 910 jangkitan baru COVID-19 dalam negeri setakat 12.00 tengah hari Isnin (20 Sep), yang terdiri daripada 832 kes dalam masyarakat dan 78 penghuni dormitori pekerja hijrahan. Dua pesakit meninggal dunia pada Ahad, menjadikan jumlah kematian di Singapura seramai 62 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 910 kes tempatan COVID-19; 2 lagi kematian, angka korban kini 62

Orang ramai di luar stesen MRT Paya Lebar. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 12:37AM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 12:39AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 910 jangkitan baru COVID-19 dalam negeri setakat 12.00 tengah hari Isnin (20 Sep), yang terdiri daripada 832 kes dalam masyarakat dan 78 penghuni dormitori pekerja hijrahan.

Dua pesakit meninggal dunia pada Ahad, menjadikan jumlah kematian di Singapura seramai 62 orang.

Salah satu kes yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berusia 84 tahun yang sudah divaksin terhadap COVID-19.

Warga Singapura itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong pada 13 Sep dengan gejala jangkitan COVID-19 dan diuji positif pada hari yang sama, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

"Dia telah divaksin terhadap COVID-19, dan memiliki sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan hiperlipidemia, yang bersama dengan usia lanjutnya, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada sakit teruk," tambah kementerian itu.

Kes kedua pula adalah seorang warga Singapura berusia 85 tahun yang belum lengkap divaksin.

Dia diuji positif bagi penyakit itu pada 16 Sep dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dua hari kemudian. Dia tidak mempunyai sebarang masalah perubatan yang diketahui, tambah MOH.

Kes-kes tempatan baru pada Isnin termasuk 230 warga emas berusia 60 tahun ke atas, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga tujuh kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes baru sebanyak 917.

KES-KES DI HOSPITAL

Terdapat 1,055 pesakit yang dirawat di hospital. Kebanyakan daripada mereka dalam keadaan baik dan sedang dipantau, menurut MOH.

Daripada jumlah tersebut, 128 kes penyakit serius memerlukan sokongan oksigen, dan 18 daripada mereka dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Antara mereka yang sakit teruk adalah 122 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Sepanjang 28 hari yang lalu, 98 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau hanya mengalami gejala ringan.

Setakat sehingga Isnin, Singapura melaporkan 78,721 kes jangkitan COVID-19 dan 62 kematian akibat jangkitan koronavirus itu. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan