S'pura lapor 642 kes baru COVID-19, jumlah keseluruhan melebihi 31,000
Singapura melaporkan 642 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Sabtu (23 Mei), menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 31,068.
SINGAPURA: Singapura melaporkan 642 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Sabtu (23 Mei), menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 31,068.
Sebilangan besar daripada kes baru itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Enam daripada kes baru itu adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR).
Menurut MOH, butiran lanjut akan diumumkan malam nanti.
Pada Jumaat (23 Mei), kemas kini pihak berkuasa mendedahkan lapan pesakit berada dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi - iaitu jumlah terkecil sejak permulaan tempoh "pemutus rantaian jangkitan COVID-19".
Ia juga adalah kali pertama jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU mencapai satu angka sejak permulaan langkah pemutus jangkitan pada 7 April.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.