Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 6 kes baru COVID-19; penumpang kapal diuji negatif buat kali ketiga

Enam kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (10 Dis), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 6 kes baru COVID-19; penumpang kapal diuji negatif buat kali ketiga

Kapal Quantum of the Seas Royal Caribbean International. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Dec 2020 04:33PM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 04:35PM

SINGAPURA: Enam kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (10 Dis), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Tiada kes baru dikesan dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing.

Semua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah semasa mereka tiba di Singapura.

Butiran kes tersebut akan diumumkan Khamis malam, tambah kementerian itu.

Ujian pengesahan terakhir yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) pada Khamis mengesahkan bahawa lelaki Singapura berusia 83 tahun yang berada di kapal Quantum of the Seas kendalian Royal Caribbean International tidak dijangkiti COVID-19.

MOH menyatakan bahawa sampel yang diambil dari lelaki itu pada pagi ini disahkan negatif COVID-19.

Ini menyusuli dua ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang dilakukan pada Rabu oleh NPHL. Salah satunya adalah ujian ulang sampel asal lelaki tersebut, manakala ujian kedua dilakukan pada sampel baru yang diambil pada Rabu, yang juga kembali negatif.

"Kami telah membatalkan arahan kuarantin ke atas kontak terdekatnya, yang sebelum ini dikenakan kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan sedang dilakukan. MOH akan menyokong makmal di atas Quantum of the Seas dalam menyemak proses ujiannya,” kata kementerian itu.

Lelaki 83 tahun itu telah pergi ke pusat perubatan di atas kapal persiaran tersebut pada Selasa petang setelah mengalami cirit-birit. Beliau diuji bagi COVID-19 menggunakan peralatan ujian PCR di kapal sebagai sebahagian daripada protokol yang ditetapkan.

Setakat Khamis, Singapura melaporkan 58,297 kes COVID-19 dan 29 kematian.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan