Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 6 kes baru COVID-19; penumpang kapal akan diambil kira jika ujian lanjut didapati positif: MOH

Enam kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (9 Dis), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 6 kes baru COVID-19; penumpang kapal akan diambil kira jika ujian lanjut didapati positif: MOH

Para kakitangan di Pusat Pesiaran Marina Bay memakai alat perlindungan peribadi pada 9 Dis 2020 (Gambar: Jeremy Long/Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 05:54PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 06:00PM

SINGAPURA: Enam kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (9 Dis), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan hariannya.

Jumlah terbaru itu tidak termasuk seorang lelaki yang diuji positif COVID-19 di atas sebuah kapal persiaran.

Tiada kes baru dikesan dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing. Ini adalah hari keempat berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan.

Semua kes yang diimport dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setiba mereka di Singapura.

Perincian kes baru hari ini akan dikeluarkan pada Rabu malam, menurut MOH.

Seorang lelaki Singapura 83 tahun yang berada di kapal persiaran Quantum of the Seas kendalian Royal Caribbean International didapati positif COVID-19 pada Rabu pagi dan segera diasingkan, menurut kementerian kesihatan.

"Sampelnya akan diuji sekali lagi di Makmal Kesihatan Awam Nasional, dan sampel kedua akan diambil bagi ujian pengesahan. Sekiranya ujian tersebut juga positif bagi jangkitan COVID-19, beliau akan dirangkumkan sebagai kes dalam kiraan kes harian, " jelas MOH.

Siasatan epidemiologi dan pengesanan kontak sedang dijalankan. MOH menambah bahawa "semua kontak rapat kes yang telah dikenal pasti telah diasingkan dan hasil ujian negatif jangkitan COVID-19 dicatatkan sejauh ini".

Para penumpang dan anak kapal akan akan terus berada di kapal sehingga pengesanan kontak selesai dijalankan. Semua penumpang akan menjalani ujian wajib COVID-19 sebelum mereka dibenarkan meninggalkan terminal di Pusat Persiaran Marina Bay, kata MOH.

Kapal Quantum of the Seas Royal Caribbean mula berlayar lagi bulan ini sebagai sebahagian daripada skim perintis yang membolehkan perjalanan ulang alik tanpa pelabuhan persinggahan.

MOH telah mengeluarkan makluman nasihat kepada para penumpang, yang memberitahu mereka supaya memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh turun kapal sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua penumpang wajib menjalani ujian swab pada hujung tempoh pemantauan. Dalam tempoh ini, mereka boleh meneruskan kegiatan seperti biasa termasuk pergi bekerja atau ke sekolah.

Singapura melaporkan 58,291 kes COVID-19 setakat Rabu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan