Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 48 kes baru COVID-19 termasuk 5 kes import

Singapura melaporkan 48 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (14 Sep) termasuk lima kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 48 kes baru COVID-19 termasuk 5 kes import

S11 Dormitory @ Punggol. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 04:13PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 04:17PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 48 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (14 Sep) termasuk lima kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Ini membawa jumlah terkumpul kes di sini kepada 57,454.

Tiada kes baru dalam kalangan masyarakat berdasarkan siasatan awal MOH, menurut kementerian tersebut.

Kelima-lima kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Lebih banyak butiran mengenai kes-kes baru itu akan didedahkan malam ini, tambah MOH.

Buat masa ini, Singapura sudah mempersetujui perjanjian perjalanan rentas sempadan dengan China, Malaysia, Brunei, Korea Selatan dan Jepun.

Malaysia pada Jumaat mengumumkan bahawa negara itu sedang menimbangkan untuk membuka sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura bagi perjalanan harian.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata bulan lalu bahawa sebagai sebahagian daripada usaha untuk merancakkan semula hab udara negara ini, Singapura mungkin perlu menggantikan tempoh pengasingan selama dua minggu bagi kebanyakan pengunjung dengan "rejim ujian yang menyeluruh".

Meskipun ujian menyeluruh COVID-19 dan SHN yang disingkatkan boleh membantu merancakkan semula perjalanan secara besar-besaran, para pakar berpendapat ia bukan satu proses yang mudah.

Setakat 8.00 pagi pada 12 September, sebanyak 162,668 SHN dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dengan lebih 14,000 masih dilaksanakan, dedah pihak berkuasa.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan