Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 44 kes COVID-19, semuanya diimport

Singapura melaporkan 44 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (25 Jan), dan semuanya adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 44 kes COVID-19, semuanya diimport

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 03:58PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 04:01PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 44 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (25 Jan), dan semuanya adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemua kes tersebut sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini, menurut MOH.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.

Butiran lanjut kes hari ini akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Langkah-langkah pengurusan selamat lebih ketat akan dilaksanakan mulai Selasa (26 Jan) ekoran peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat baru-baru ini dan risiko kemungkinan berlaku penularan jangkitan semasa sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Mulai Selasa, setiap keluarga hanya boleh menerima sehingga lapan tetamu setiap hari, menurut pihak berkuasa di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada minggu lalu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan