Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 4 kes baru COVID-19 termasuk 2 jangkitan tempatan

Sebanyak dua kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (9 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 4 kes baru COVID-19 termasuk 2 jangkitan tempatan

(Gambar fail: Caroline Chia/Reuters)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 03:42PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 03:43PM

SINGAPURA: Sebanyak dua kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (9 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Salah satu daripadanya berhubung kait kes-kes terdahulu, manakala satu lagi tiada sebarang hubung kait.

Tiada kes jangkitan dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan hari ini.

Selain itu, dua kes import turut dilaporkan melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang ke Singapura.

Secara keseluruhannya, empat kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini.

Butiran lanjut mengenai kes-kes hari ini akan didedahkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan