Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 396 kes baru COVID-19; termasuk 3 dalam masyarakat

Singapura melaporkan 396 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Jumaat (31 Jul), dengan tiga jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Dengan ini, jumlah terkumpul kes adalah sebanyak 52,205.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 396 kes baru COVID-19; termasuk 3 dalam masyarakat

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 04:13PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 04:16PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 396 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Jumaat (31 Jul), dengan tiga jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Dengan ini, jumlah terkumpul kes adalah sebanyak 52,205.

Ketiga-tiga kes dalam masyarakat adalah pemegang pas kerja, jelas MOH.

Terdapat juga tiga kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Sebahagian besar kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing.

Lebih banyak perincian akan diumumkan pada malam ini, tambah MOH.

Singapura kini berada dalam Fasa 2 pembukaan semula ekonomi negara ini, dengan kegiatan-kegiatan disambung semula secara bertahap-tahap.

Pada Khamis, MOH mengumumkan bahawa sekatan ke atas jumlah orang yang dibenarkan bagi dua acara keramaian - iaitu perkahwinan dan pengebumian - akan dilonggarkan seterusnya mulai 4 Ogos, tertakluk kepada langkah jarak selamat.

Pihak berkuasa menyatakan pasukan bertindak berbilang kementerian akur akan perlunya "kegiatan dan peristiwa penting kehidupan diteruskan" semasa pandemik COVID-19 dan langkah itu adalah sebahagian daripada "aktiviti yang disambung semula secara berhati-hati dalam Fasa 2".

Sejak awal Fasa 2, sehingga 20 orang dibenarkan menghadiri sesebuah majlis pernikahan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan