Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 373 jangkitan baru COVID-19, tiada kes baru dalam kalangan warga atau PR

Singapura melaporkan 373 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (28 Mei) menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini kepada 33,249.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 373 jangkitan baru COVID-19, tiada kes baru dalam kalangan warga atau PR

Kemudahan perubatan bagi para pekerja asing di Avery Lodge. (Gambar: MOM)

Diterbitkan : 28 May 2020 03:53PM Dikemas Kini : 28 May 2020 03:56PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 373 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (28 Mei) menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini kepada 33,249.

Majoriti kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes baru melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Lebih banyak butiran akan diumumkan dalam kemas kini malam nanti, tambah kementerian itu.

Dalam satu wawancara bersama Mediacorp pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata kesan pandemik COVID-19 bermakna kedudukan fiskal Singapura akan menjadi "sangat lemah dalam beberapa tahun datang".

"Namun buat masa ini, yang paling penting pada pandangan saya, yang pertama, memastikan warga kita selamat, dan kedua, menggerakkan semula ekonomi sebanyak mungkin," kata Encik Heng.

Pemerintah pada Selasa mengumumkan Belanjawan keempatnya tahun ini bernilai S$33 bilion sedang Singapura bersedia untuk menamatkan tempoh "circuit breaker" minggu depan.

Pada Rabu, MOH menambah pasar raya FairPrice di Bukit Panjang Plaza dan Hillion Mall serta Pusat Makanan dan Pasar Jurong West 505 dalam senarai tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 semasa mereka dalam tahap berjangkit.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan