Images
  • sg covid community
    (Gambar: Edgar Su/REUTERS)

S'pura lapor 3 jangkitan baru COVID-19 termasuk 1 dalam masyarakat, 1 kes import

SINGAPURA: Singapura melaporkan tiga kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (17 Okt), menurut Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Terdapat satu kes baru dalam masyarakat dan satu jangkitan di dormitori serta satu kes import.

Kes import itu sudahpun dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut MOH sambil menambah lebih banyak butiran akan didedahkan pada malam nanti.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura kini sebanyak 57,904.

- CNA/FZ/fz

Top