Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 246 kes baru COVID-19 termasuk 6 jangkitan dalam masyarakat

SINGAPURA: Sebanyak 246 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (30 Jun) sekali gus membawa jumlah jangkitan kepada 43,907.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 246 kes baru COVID-19 termasuk 6 jangkitan dalam masyarakat

Keadaan kembali sibuk di Toa Payoh Central sedang kedai-kedai runcit dibenarkan dibuka semula. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 03:40PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 03:41PM

SINGAPURA: Sebanyak 246 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (30 Jun) sekali gus membawa jumlah jangkitan kepada 43,907.

Kes-kes baru itu termasuk enam dalam masyarakat - tiga adalah rakyat atau penduduk tetap (PR) Singapura dan tiga pula merupakan pemegang pas kerja.

Sebilangan besar kes baru itu melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Perincian lanjut akan diumumkan lewat hari nanti, tambah MOH.

Perniagaan berkaitan pelancongan akan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat semasa Fasa 2 pembukaan semula tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19, bermula dengan 13 daya tarikan mulai 1 Julai.

Setelah ditutup selama tiga bulan, kasino di Marina Bay Sands dan Resorts World Sentosa, taman bertema Universal Studios Singapore dan taman haiwan Singapura boleh kembali beroperasi. Ini setelah usulan bagi pusat-pusat tersebut dibuka semula dengan langkah-langkah selamat diluluskan, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam satu kenyataan.

Daya tarikan lain yang boleh dibuka semula mulai 1 Julai adalah: Muzium ArtScience, Sands SkyPark and Observation Deck, Flower Dome di Taman di Pesisiran, S.E.A Aquarium, Madame Tussauds, Taman Burung Jurong, River Safari, Bounce dan Zero Latency. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan