Images
  • visitor changi airport
    (Gambar fail TODAY)

S'pura lapor 24 kes import COVID-19; tiada jangkitan tempatan

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes import COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (6 Apr), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan.

Kesemua kes yang dilaporkan pada Selasa sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di sini.

Perincian bagi kes-kes tersebut akan didedahkan pada malam ini, tambah MOH.

Setakat sehingga Selasa, Singapura melaporkan 60,519 kes COVID-19.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top