Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 23 kes baru COVID-19 termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat, 4 kes import

Singapura melaporkan 23 kes baru COVID-19 pada Rabu (30 Sep) termasuk tiga jangkitan dalam masyarakat. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 23 kes baru COVID-19 termasuk 3 jangkitan dalam masyarakat, 4 kes import
Diterbitkan : 30 Sep 2020 04:14PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 04:16PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 23 kes baru COVID-19 pada Rabu (30 Sep) termasuk tiga jangkitan dalam masyarakat.

Semua kes dalam masyarakat adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semasa memberikan kemas kini awal hariannya.

Terdapat juga empat kes import dan kesemuanya sudahpun diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik mereka sampai di Singapura.

Ini membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura kepada 57,765.

MOH akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes-kes baru itu pada lewat Rabu.

BEBERAPA KELONGGARAN SEKATAN

Singapura mengumumkan ia akan melonggarkan lanjut beberapa sekatan COVID-19.

Mulai 3 Oktober, sehingga 100 orang boleh menghadiri upacara keagamaan dan majlis perkahwinan iaitu seganda daripada had 50 orang sekarang.

Muzik secara langsung juga boleh disambung semula di 16 pertubuhan keagamaan manakala sesetengah tempat beribadat boleh cuba mengadakan upacara bagi sehingga 250 orang.

Had bilangan penonton dalam panggung wayang akan dinaikkan mulai Khamis. Dewan pawagam besar dengan lebih 300 tempat duduk akan ada sehingga tiga zon dengan tidak lebih daripada 50 penonton bagi setiap zon.

Sementara itu, dewan pawagam lain akan dibenarkan untuk menaikkan had sehingga 50 peratus daripada kapasiti operasi asalnya atau mengekalkan had sedia ada sehingga 50 penonton bagi setiap dewan, tertakluk kepada langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan