Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 17 kes import COVID-19, tiada jangkitan tempatan

Sebanyak 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (12 Jan), menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 17 kes import COVID-19, tiada jangkitan tempatan

Gambar fail Lapangan Terbang Changi.

Diterbitkan : 12 Jan 2021 03:42PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 03:45PM

SINGAPURA: Sebanyak 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (12 Jan), menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes jangkitan tempatan dalam masyarakat mahupun kes di dormitori pekerja asing dilaporkan.

Kesemua 17 kes itu diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura.

Butiran kes baru itu akan diumumkan malam nanti, kata MOH.

Sehingga hari ini, Singapura melaporkan sebanyak 58,946 kes COVID-19.  

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan