Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,939 kes baru COVID-19, 2 lagi kematian

Singapura melaporkan 1,939 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (26 Sep), iaitu enam hari berturut-turut jangkitan baru melebihi 1,000 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,939 kes baru COVID-19, 2 lagi kematian

(Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 11:41PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 11:44PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 1,939 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (26 Sep), iaitu enam hari berturut-turut jangkitan baru melebihi 1,000 kes.

Terdapat 1,934 jangkitan tempatan, merangkumi 1,536 kes masyarakat dan 398 penghuni dormitori. Dalam kalangan kes tempatan pada Ahad, 417 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun.

Terdapat juga lima kes import, menurut kemas kini Kementerian Kesihatan (MOH) yang dikongsi kepada media pada sekitar 11.00 malam.

2 PESAKIT WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA

MOH turut mengumumkan dua lagi kematian disebabkan komplikasi COVID-19, menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 78 orang.

23 kematian dicatatkan pada September setakat ini, iaitu satu rekod bulanan baru.

Kes pertama melibatkan wanita Singapura 97 tahun, yang disahkan positif COVID-19 pada 18 Sep dan meninggal pada Sabtu.

Dikenal pasti sebagai Kes 82792, beliau tidak divaksin dan mempunyai sejarah kandungan lemak dalam darah, menurut MOH.

Kes kedua pula adalah wanita Singapura berusia 69 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat. Beliau meninggal dunia pada hari yang sama.

Dikenali sebagai Kes 87418, beliau juga tidak divaksin dan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, kata MOH.

Setakat Ahad, Singapura melaporkan 87,892 kes COVID-19 kesemuanya.

KES PENYAKIT SERIUS

Terdapat 1,203 pesakit COVID-19 di hospital. Kebanyakan mereka dalam keadaan baik dan sedang dipantau, menurut MOH.

Terdapat 172 kes yang berpenyakit serius dan memerlukan bantuan oksigen dengan 30 kes dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang teruk sakit adalah 168 pesakit berusia lebih 60 tahun. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan