Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,443 kes baru COVID-19, lagi 3 kematian

Singapura melaporkan 1,443 kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,443 kes baru COVID-19, lagi 3 kematian

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 11:39PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 11:41PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 1,443 kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (25 Sep).

Terdapat 1,424 jangkitan tempatan yang terdiri daripada 1,053 kes dalam masyarakat dan 371 penghuni dormitori, termasuk 280 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Selain itu, 19 kes import juga dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini pada sebelah malam.

MOH juga mengumumkan lagi tiga kematian disebabkan oleh COVID-19, menjadikan keseluruhan angka korban sebanyak 76.

21 kematian dilaporkan pada September sejauh ini, iaitu rekod bulanan yang baru.

Kes kematian pertama melibatkan Kes 71506, seorang rakyat Singapura berusia 62 tahun. Lelaki itu diuji positif bagi COVID-19 pada 6 September dan meninggal dunia akibat komplikasi virus itu pada Sabtu.

Beliau sudah menerima satu dos vaksin COVID-19 dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Kes kematian kedua adalah Kes 72277, seorang rakyat Singapura berusia 71 tahun yang diuji positif bagi COVID-19 pada 8 September. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi akibat COVID-19 pada Jumaat (24 Sep).

MOH menyatakan bahawa beliau sudah menerima vaksin COVID-19 dan mempunyai sejarah menghidap fibirilasi atrium, tirotoksikosis dan hiperlipaemia yang di samping usia lanjutnya, menjadikan beliau mudah terjejas kepada jangkitan teruk.

Kematian ketiga merupakan Kes 76462. Rakyat Singapura berusia 71 tahun itu meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat COVID-19 pada Sabtu. Beliau diuji positif pada 14 September.

MOH menyatakan bahawa wanita itu belum mendapatkan vaksin COVID-19 dan mempunyai sejarah menghidap penyakit kencing manis, kegagalan buah pinggang tahap terakhir, darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan 85,949 kes COVID-19 secara keseluruhan.

KES JANGKITAN TERUK

Seramai 1,142 pesakit dimasukkan ke hospital. Kebanyakannya dalam keadaan baik dan di bawah pemantauan, menurut MOH.

Terdapat 165 kes jangkitan teruk yang memerlukan bantuan oksigen tambahan, manakala 27 berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang jatuh sakit teruk adalah 158 warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Sepanjang 28 hari lalu, 97.9 peratus daripada kes tempatan tidak mengalami simptom atau hanya mengalami gejala ringan.

Terdapat 326 kes yang memerlukan bantuan oksigen tambahan dan 37 dirawat di ICU. Dalam kalangan kes itu, 52.9 peratus sudah lengkap divaksin dan 47.1 peratus sudah menerima satu dos vaksin atau belum divaksin.

TIADA KELOMPOK BARU DILAPORKAN

MOH menyatakan ia sedang "memantau dengan teliti" tujuh kelompok besar yang mempunyai kes baru. Tiada kelompok jangkitan baru ditambah ke dalam senarai pada Sabtu.

Kelompok jangkitan di Blue Stars Dormitory bertambah kepada 243 kes setelah lagi 24 kes baru dilaporkan.

VAKSINASI

MOH menyatakan 82 peratus penduduk Singapura sudah selesai menjalani regimen penuh vaksinasi atau menerima dua dos vaksin COVID-19 manakala 84 peratus sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos setakat Jumaat.

Lebih 9 juta dos diberikan di bawah program vaksinasi kebangsaan yang meliputi sekitar 4.59 juta penduduk, dengan 4.47 juta sudah selesai menerima dua dos vaksin.

Lagi 190,738 dos vaksin lain yang diiktiraf di bawah senarai kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah diberikan, iaitu meliputi 87,701 orang.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan