Images
  • sg public covid-19
    (Gambar: TODAY)

S'pura lapor 1,275 kes baru COVID-19; jumlah harian terendah dalam lebih 2 bulan

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,275 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi tiga kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Khamis (25 Nov),

Ia merupakan jumlah jangkitan baru paling rendah sejak 21 Sep selain kes kematian terendah dicatatkan sejak 7 Okt.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 25 Nov: 1,275

Kes baru dalam masyarakat: 1,228
Kes import: 16
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 31

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 258,785

KEMATIAN

Kes kematian pada 25 Nov: 3
Usia: 69 - 74 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 681

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.72 berbanding 0.75 pada Rabu.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 hari berturut-turut berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,251 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 206
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 31
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 55
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 56.8 peratus

Seramai 3,223 pesakit dibenarkan pulang dengan 481 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus

Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 24 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau rapi tiga kelompok besar seperti dalam senarai di bawah ini.


(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.   

- BERITAmediacorp/CNA/TQ/tq

Top