Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,090 kes baru COVID-19; jumlah harian terendah dalam lebih 2 bulan

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,090 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi tiga kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (26 Nov),

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 1,090 kes baru COVID-19; jumlah harian terendah dalam lebih 2 bulan

Suasana di luar Hab Sukan Singapura pada 22 Jul 2021. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 11:23PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 11:25PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,090 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi tiga kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (26 Nov),

Ia merupakan jumlah harian paling rendah sejak 20 Sep yang mana 917 kes dilaporkan. Jumlah kematian dilaporkan hari ini, iaitu sama seperti semalam, adalah bilangan kematian terendah dicatatkan sejak 7 Okt.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 26 Nov: 1,090

Kes baru dalam masyarakat: 1,064
Kes import: 4
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 22

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 259,875

KEMATIAN

Kes kematian pada 26 Nov: 3
Usia: 69 - 83 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 684

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.74 berbanding 0.72 pada Khamis.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 14 hari berturut-turut berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,233 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 214
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 33
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 52
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 54.2 peratus

Seramai 2,233 pesakit dibenarkan pulang dengan 301 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus

Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 24 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau rapi tiga kelompok besar seperti dalam senarai di bawah ini.

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.   

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan