Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lancar program S$12 juta penuhi keperluan ekosistem rantaian blok syarikat tempatan

 Singapura akan membuat pelaburan besar dalam teknologi rantaian blok atau 'block chain', dengan melancarkan sebuah program kajian bernilai S$12 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2020 04:31PM Dikemas Kini : 07 Dec 2020 08:42PM

SINGAPURA: Singapura akan membuat pelaburan besar dalam teknologi rantaian blok atau 'block chain', dengan melancarkan sebuah program kajian bernilai S$12 juta.

Program itu bertujuan mengkaji bagaimana teknologi sedemikian boleh memenuhi keperluan perniagaan.

Di bawah usaha peringkat nasional itu, 75 syarikat akan bekerjasama dengan agensi-agensi untuk mencipta 17 projek berkaitan teknologi rantaian blok sepanjang tiga tahun akan datang.

Sebagai permulaan, usaha itu akan melibatkan sektor perdagangan dan logistik dan rantaian bekalan.

Program tersebut misalnya akan meneliti bagaimana teknologi rantaian blok boleh digunakan untuk memantau dan mengesan makanan cepat rosak yang mahal.

Selain itu, ia akan mengkaji pelbagai bidang lain yang boleh memanfaatkan teknologi tersebut dan bagaimana untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran berkaitan.

Sejauh ini, teknologi rantaian blok sudah membolehkan perniagaan-perniagaan di merata dunia menjalankan urus niaga dengan lebih pantas dan cekap, di samping mengurangkan risiko dan kos.

Ia juga digunakan untuk menukar mata wang kripto seperti bitcoin. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan