Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lakar peta hala tuju bantu SME sektor latihan beralih ke wadah digital

Singapura melakarkan satu peta hala tuju demi membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam sektor latihan, beralih ke wadah digital di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2020 09:56PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 10:00PM

SINGAPURA: Singapura melakarkan satu peta hala tuju demi membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam sektor latihan, beralih ke wadah digital di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Mereka akan menerima sokongan untuk mengenal pasti wadah-wadah pembelajaran elektronik dan huraian lain yang boleh digunakan, di bawah Pelan Pendigitalan Industri yang baru.

Pelan itu diumumkan semasa Simposium Pembelajaran Dewasa, yang diadakan secara maya buat julung-julung kalinya.

Lagi satu inisiatif pula bertujuan memadankan 200 penyedia latihan dengan pembangun kurikulum digital sepanjang tiga tahun akan datang.

Ia akan membantu mereka menyediakan program-program secara online yang lebih baik.

Antara beberapa projek lain yang turut dirancangkan termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan Nasional bagi Pembelajaran di Tempat Kerja menjelang hujung tahun depan. Ia akan memberi tumpuan kepada para pendidik dewasa.

Ia juga sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mengeratkan hubungan antara para penyedia latihan dengan pelbagai industri, mempercepatkan usaha beralih ke pembelajaran secara online dan memperkukuhkan ekosistem latihan. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan