Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lahir 'sedih amat mendalam' tentang tragedi Ethiopian Airlines

Singapura melahirkan rasa sedih yang amat mendalam mengenai tragedi pesawat ET302 Ethiopian Airlines yang terhempas, Ahad lalu (10 Mac). Demikian disampaikan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya pada Selasa (12 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lahir 'sedih amat mendalam' tentang tragedi Ethiopian Airlines

Para anggota PBB dalam satu majlis bagi memberi penghormatan terakhir kepada para mangsa Ethiopian Airlines. (Gambar: C. Villemain/UNEP/AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 08:00PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 06:52AM

SINGAPURA: Singapura melahirkan rasa sedih yang amat mendalam terhadap tragedi pesawat ET302 Ethiopian Airlines yang terhempas, Ahad lalu (10 Mac). Demikian disampaikan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya pada Selasa (12 Mac).

Pesawat yang dalam perjalanan ke Nairobi itu terhempas hanya enam minit selepas berlepas, meragut nyawa kesemua 157 penumpang dan anak kapal.

"157 mangsa dalam tragedi itu berasal dari pelbagai negara dan termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang bertugas," menurut MFA.

"Ingatan dan takziah kami bersama keluarga para mangsa pada masa-masa sukar ini."

22 kakitangan PBB adalah antara yang terkorban, sebilangan besarnya dalam perjalanan ke Nairobi bagi menghadiri satu sidang PBB.

Program Makanan Sedunia kehilangan tujuh kakitangannya dalam tragedi itu sementara tiga lagi mangsa dari agensi pelarian PBB (UNHCR).

(Gambar: AFP)

Bendera dikibarkan separuh tiang di bangunan PBB pada Isnin (11 Mac) - satu "hari sedih" bagi badan dunia itu, kata Setiausaha Agung Antonio Guterres.

"Satu tragedi global berlaku kepada kami - PBB sedang berduka," katanya di Perhimpunan Agung dalam upacara bertafakur selama seminit bagi menghormati para mangsa.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan