Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kutuk serangan pengganas di Perancis, tiada rakyat S'pura terjejas

Singapura mengutuk serangan pengganas di Perancis dan berdiri teguh bersama rakyat negara itu, demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kutuk serangan pengganas di Perancis, tiada rakyat S'pura terjejas

Gambar: Pegawai keselamatan dan forensik Perancis kelihatan menjalankan tugas di tempat kejadian. (Gambar: PASCAL PAVANI/AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 05:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 05:39PM

SINGAPURA: Singapura mengutuk serangan pengganas di Perancis dan berdiri teguh bersama rakyat negara itu, demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Semalam (23 Mac), empat orang dibunuh seorang lelaki bersenjata di Trebes, Perancis yang mendakwa dirinya setia kepada kumpulan militan ISIS. Beberapa lagi orang juga ditembak dan mengalami kecederaan dalam serangan militan yang pertama di negara itu sejak Oktober.

"Singapura mengutuk serangan pengganas di Trebes, Perancis pada 23 Mac yang membunuh dan mencederakan orang-orang yang tidak bersalah, termasuk para pegawai keselamatan  Perancis. Kami berdiri teguh bersama rakyat dan pemerintah Perancis dan berharap agar mereka yang cedera pulih dengan cepat," kata seorang jurucakap MFA dalam satu kenyataan hari ini (24 Mac).

Menurut beliau, tidak ada laporan tentang rakyat Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung oleh serangan tersebut setakat ini.

"Rakyat Singapura yang berada di Perancis dinasihatkan supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan dan terus berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka agar mereka tahu anda selamat."

Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera harus menghubungi Kedutaan Singapura di Paris di +33 01 5679 6800 atau mengirim emel ke singemb_par [at] mfa.sg atau menelefon Pejabat Bertugas 24 jam MFA yang beroperasi 24 jam di +65 63798800/8855 atau emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan