Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kutuk serangan di Teluk Oman, lapangan terbang Arab Saudi

Singapura mengutuk keras serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi yang berlaku pada 12 Jun. Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (14 Jun), Singapura turut mengutuk serangan ke atas kapal-kapal komersil di Teluk Oman pada 13 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura mengutuk keras serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi yang berlaku pada 12 Jun.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (14 Jun), Singapura turut mengutuk serangan ke atas kapal-kapal komersil di Teluk Oman pada 13 Jun.

Agensi Reuters melaporkan bahawa serangan ke atas lapangan terbang di Arab Saudi pada 12 Jun lalu mencederakan 26 orang. Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman mengaku mendalangi serangan itu.

AFP pula melaporkan bahawa dua kapal terbakar di perairan Teluk Oman dalam satu serangan yang berlaku pada Khamis.

Pada Jumaat, MFA menegaskan betapa pentingnya "komunikasi di laut kekal terbuka, selamat dan bebas untuk dikemudi, selaras dengan undang-undang antarabangsa".

MFA menambah, Singapura amat bimbang terhadap ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah dan menggesa semua pihak supaya menahan diri daripada mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan