Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kutuk keras serangan kimia terhadap bekas perisik Rusia

Singapura 'mengutuk keras' penggunaan senjata kimia dalam serangan ke atas bekas ejen risikan Rusia dan anak perempuannya di Salisbury di Britain, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2018 05:45PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 10:28PM

SINGAPURA: Singapura 'mengutuk keras' penggunaan senjata kimia dalam serangan ke atas bekas ejen risikan Rusia dan anak perempuannya di Salisbury di Britain, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam satu kenyataan media hari ini (14 Apr), MFA menyatakan bahawa Singapura sedia maklum tentang laporan oleh Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia yang mengesahkan bahawa bahan kimia yang sangat toksik digunakan dalam serangan tersebut.

"Singapura mengutuk keras penggunaan senjata kimia kerana ia dengan jelas melanggar undang-undang antarabangsa," menurut MFA.

"Singapura memandang serius terhadap tanggungjawabnya di peringkat antarabangsa sebagai Negara Anggota Konvensyen Senjata Kimia dan berharap para dalang akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

"Kami berharap para mangsa serangan di Salisbury akan segera pulih," menurut MFA lagi.

Bekas ejen risikan Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia diracuni agen saraf di bandar Salisbury bulan lalu.

Britain dan sekutunya menuduh Rusia bertanggungjawab atas serangan itu sambil merujuk kepada penggunaan agen saraf ciptaan Rusia yang dikenali sebagai Novichok.

Dalam satu kerjasama yang jarang dilihat sebelum ini, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya mengusir para diplomat Rusia dari negara masing-masing sebagai respons terhadap serangan beracun itu.

Yulia, 33 tahun, dikeluarkan dari hospital Isnin lalu (9 Apr) dan dibawa ke sebuah lokasi selamat manakala bapanya pula masih dirawat di hospital.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan