S'pura kesal sidang AS-Korea Utara dibatalkan
Singapura melahirkan rasa kesalnya selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan sidang puncak yang dirancangkan antara negaranya dengan Korea Utara yang dijadual diadakan di Singapura 12 Jun ini.
SINGAPURA: Singapura melahirkan rasa kesalnya selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan sidang puncak yang dirancangkan antara negaranya dengan Korea Utara yang dijadual diadakan di Singapura 12 Jun ini.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebagai respons kepada pertanyaan media hari ini (24 Mei).
Jurucakap MFA itu selanjutnya berkata bahawa Singapura berharap usaha mencapai perdamaian di Semenanjung Korea diteruskan.
"Singapura berharap dialog dan usaha untuk mencapai perdamaian yang berkekalan dan kestabilan di Semenanjung Korea a akan diteruskan," tambahnya.
Awal sebelum ini, Presiden Trump menulis surat kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dimuat naik ke laman Rumah Putih, bagi menjelaskan keputusan mendadaknya itu.
Menurutnya, ia disebabkan 'kemarahan luar biasa dan permusuhan terang-terangan' yang ditunjukkan Encik Kim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.