Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kekal paling berdaya saing dari segi bakat global di Asia Pasifik

Singapura kekal sebagai salah sebuah negara yang paling berdaya saing di dunia dari aspek bakat global.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kekal paling berdaya saing dari segi bakat global di Asia Pasifik

Para pekerja di Raffles Place. (Gamba hiasan: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 08:45PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 08:49PM

SINGAPURA: Singapura kekal sebagai salah sebuah negara yang paling berdaya saing di dunia dari aspek bakat global.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Insead, syarikat konsultan Adecco dan Tata Communications.

Daripada 125 negara, Singapura berada di tangga kedua di belakang Switzerland.

Di rantau Asia-Pasifik pula, Singapura kekal menduduki tangga teratas buat enam tahun berturut-turut.

Daripada beberapa aspek yang diambil kira, Singapura menduduki tangga pertama bagi aspek-aspek seperti mewujudkan landskap kawal selia, pasaran dan buruh serta kebolehan menarik bakat.

Singapura menduduki tangga ke-11 dalam aspek mengembangkan bakat dan tangga ke-26 dalam mengekalkan bakat.

Dalam soal kemahiran kejuruan dan teknikal pula, Singapura berada di tempat ketujuh.

Negara-negara Asia-Pasifik yang lain seperti New Zealand, Australia, Jepun, Malaysia dan Korea Selatan turut menduduki antara 30 tangga teratas di dunia.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan