Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kekal negara paling mahal di dunia buat kali ke-5

Singapura terus menduduki senarai teratas sebagai bandar yang paling mahal di dunia, buat tahun kelima berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2018 06:54PM Dikemas Kini : 15 Mar 2018 10:56PM

SINGAPURA: Singapura terus menduduki senarai teratas sebagai bandar yang paling mahal di dunia, buat tahun kelima berturut-turut.

Demikian menurut tinjauan Unit Risikan Ekonomi (EIU) yang mendapati Singapura mendahului kota-kota ternama seperti New York, London dan Los Angeles. Paris dan Zurich pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tinjauan EIU itu mendapati bahawa walaupun Singapura bersaing dalam harga beberapa produk kecantikan, barangan rumah dan gaji amah, ia masih lagi merupakan tempat di mana harga beberapa barangan adalah tertinggi di dunia.

Misalnya Singapura paling mahal di dunia untuk memiliki kereta peribadi dan bandar ketiga paling mahal untuk membeli pakaian.

Tinjauan tahunan itu membuat perbandingan harga bagi lebih 150 barangan runcit di 133 bandar serata dunia.

Ia bertujuan membantu syarikat-syarikat menganggarkan gaji yang wajar diberikan kepada kakitangan apabila mereka ditempatkan bekerja di luar negara.  

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan