Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Kanada setuju giatkan lagi kerjasama keselamatan siber

Singapura dan Kanada hari ini (14 Nov) memeterai memorandum persefahaman (MOU) selama dua tahun, dalam kerjasama keselamatan siber, serta bersetuju untuk berkongsi dan saling bertukar-tukar maklumat untuk menangani ancaman-ancaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2018 09:55PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 11:04PM

SINGAPURA: Singapura dan Kanada hari ini (14 Nov) memeterai memorandum persefahaman (MOU) selama dua tahun, dalam kerjasama keselamatan siber, serta bersetuju untuk berkongsi dan saling bertukar-tukar maklumat untuk menangani ancaman-ancaman.

Pemeteraian tersebut diadakan di luar lawatan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ke Singapura, bersamaan Sidang ASEAN ke-33.

Disaksikan oleh Encik Trudeau dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, MOU tersebut ditandatangani oleh ketua ekskekutif Agensi Keselamatan Siber (CSA), David Koh dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Singapura, Lynn McDonald.

Perjanjian tersebut meliputi kerjasama keselamatan siber dalam beberapa bidang utama, termasuk berkongsi dan saling bertukar maklumat mengenai ancaman-ancaman dan serangan, berkongsi amalan-amalan terbaik berhubung pembangunan sumber daya manusia, teknikal dan bekalan pensijilan, pembangunan piawaian keselamatan siber; dan kerjasama berhubung keselamatan siber serantau.

Kerjasama dua hala itu akan membantu memperkukuh keupayaan pengendalian keselamatan siber, termasuk perlindungan infrastruktur yang penting, menurut CSA dalam satu kenyataan.

Ia juga akan membantu meningkatkan usaha pembangunan ekosistem keselamatan siber Singapura dan membantu memajukan pembangunan ruang siber yang selamat di ASEAN, tambahnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan