Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kaji semula peraturan jalan raya bagi kenderaan tanpa pemandu

Sedang Singapura menuju ke arah masa depan dengan wujudnya kenderaan tanpa pemandu (AV), Kementerian Pengangkutan menyatakan bahawa ia akan meninjau bagaimana peraturan jalan raya boleh diperluaskan kepada kenderaan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kaji semula peraturan jalan raya bagi kenderaan tanpa pemandu

Konsep bandar masa depan Singapura dengan kenderaan tanpa pemandu. (Gambar: Kementerian Pengangkutan)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 07:20PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 07:22PM

SINGAPURA: Sedang Singapura menuju ke arah masa depan dengan wujudnya kenderaan tanpa pemandu (AV), Kementerian Pengangkutan menyatakan bahawa ia akan meninjau bagaimana peraturan jalan raya boleh diperluaskan kepada kenderaan sedemikian.

Encik Chris Leck, pengarah Divisyen Niaga Hadapan kementerian itu berkata hari ini (6 Jun) bahawa syarikat-syarikat yang sedang menguji AV "tahu" tentang perlunya menangani isu-isu seperti hak lalu-lalang dalam situasi antara seorang pemandu dan sistem tanpa pemandu.

Sebuah pasukan pembangunan piawai dalam kementerian itu sedang berusaha untuk menghasilkan rangka kerja tersebut buat masa ini. Mereka juga akan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti pengurusan data - "kerana AV mengumpul banyak data" seperti video pengawasan persekitarannya - serta keselamatan siber, kongsi Encik Leck semasa sesi panel di acara Innovfest Unbound.

Mereka juga sedang melihat kepada piawai-piawai antarabangsa, seperti piawai yang berkaitan dengan keselamatan fungsi kereta-kereta, dan bagaimana ia boleh diterapkan dalam rangka kerja itu, kata beliau kepada Mediacorp di luar acara hari ini.

Encik Leck menambah, "matlamat utamanya" adalah bagi kenderaan seperti ini untuk beroperasi dalam keadaan trafik nyata dan tidak memerlukan lorong khas.

UJIAN AV

Singapura adalah penyokong kuat dalam penggunaan kenderaan tanpa pemandu sejak kebelakangan ini, dan ia meminda Akta Trafik Jalan Raya pada Februari lalu untuk menjalankan ujian.

Dengan perubahan-perubahan ini, MOT dibolehkan untuk mengusulkan peraturan-peraturan baru yang menetapkan masa dan tapak uji, piawai bagi reka bentuk peralatan AV, serta mengenakan syarat-syarat untuk mengongsi data hasil ujian-ujian berkenaan.

Rangka kerja pengawalseliaan boleh mengecualikan AV, pengendali AV dan mereka yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam ujian AV daripada Akta Trafik Jalan Raya yang sedia ada.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan